IBU PERTIWI KITA MENANGIS

KU TEMUI IBU TERESAK-ESAK DI DALAM JIWA KU

Ibu teresak-esak berkeluh kesah : “Tiap jengkal tanah yang Ibu berikan, Jagalah ia dengan segenap hati. Tiap tetes darah Ibu saat Engkau dilahirkan, Jagalah ia bagaikan emas di hatinurani. Pertahankan setiap inci tanah-tanah ini. Uruskan bumi ini dengan ikhlas. Majulah engkau anak ku. Bawalah bangsa ini berjaya. Karena di dalam doa ku, nama mu sudah aku sebut satu demi satu. Kalau engkau kembali bertanya, bila kerosakkan harus berhenti, bila bumi ini akan maju, bila engkau harus kembali berbudaya, bila panji-panji agama harus di agungkan, tanyakanlah pada rumput yang bergoyang. Mengertilah. Semuanya ada di bahu mu Nak. Semua sudah kuberikan, tapi inilah yang aku terima. Inikah balasanmu?”

...........................

Ramai anak-anak Melayu kurang sedar malah tidak mahu ambil perduli atas kesengsaraan yang ditanggung oleh tanah bumi yang kita berpijak ini. Tanah tumpah darah milik nenek moyang kita yang telah dianugerahkan oleh Allah yang maha Esa kepada bangsa Melayu. Bumi bertuah ini adalah Ibu Pertiwi kita.

Diwasiatkan oleh mereka yang terdahulu… Dipertanggungjawabkan oleh Tuhan Ya Rabbi agar Bumi yang bahagia ini dijaga, diperlihara agar sentiasa bahagia. Tugas dan tanggungjawab ini adalah untuk semua anak-anak bangsa yang bergelar Melayu. Ya! Anak bangsa rumpun Melayu dan bukan bangsa-bangsa lain nya.

Pasti kita yakini :

Nenek moyang kita akan marah sekiranya bumi Melayu ini terjajah oleh bangsa luar… sebab kerana itulah nenek moyang kita mempertahankan habis-habisan agar bangsa pendatang tidak merobek-robek tanah bumi ini agar hampas sahaja ditinggalkan kepada anak cucu cicik mereka.

Tok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan rakan-rakan bangkit mempertahankan bumi ini… Tok Moris, Panglima Ismail, Tunku Mat Saad, Sheikh Samad Palembang dan sahabat sekelian bersatu menentang musuh dari luar… Jangan biarkan bumi ini jadi milik orang!!! Bacul kita anak2 Melayu sekiranya merelakan ia berlaku!!!!

Maka akan jahanam jatidiri Melayu sekiranya kita ditadbirperintah oleh bangsa selain bangsa kita sendiri. Kita harus mempertahankan bumi ini dan anak Melayu jangan jadi dayus serba serbi.

Harus kita ingat :

Ibu Pertiwi ini bergelar bumi Melayu!!!! Bukan bumi Mat Saleh! Bukan bumi Afrika! Bukan Bumi Arab! Bukan bumi Cina! DAN Bukan bumi India! Bumi kita ini adalah bumi Melayu! Itulah Ibu Pertiwi kita!!!

Ibu Pertiwi ini terbentuk dengan pelbagai ramunya… menjelaskan ia sebenar bumi Melayu… Segala ramunya itulah merupakan anggota menjadikan ia rupa Ibu Pertiwi ini. Baru boleh digelar Bumi Melayu…

Segala ramunya ini, Tanah, Bahasa dan Tulisan, Agama, Adab dan Adat, Pakaian, Seni budaya.. yang telah dianugerahkan kepada bangsa ini… harus terus kekalkan begitu. Baru boleh Ibu Pertiwi ini bergelar Bumi Melayu!! Baru boleh kita bergelar Anak Melayu!! Baru boleh kita katakan ia adalah Hak Melayu!!

Hari ini :

Tanah kita dirampas orang, Temasik milik Ibu Pertiwi kita sudah berubah rupa. Kota-kota besar di bumi ini telah menjadi milik punya bangsa lainnya. Tanah kita bakal tinggal sekangkang kera sahaja!!!!

Bahasa dan Tulisan kita sudah hilang seni bicaranya, sudah lenyap pantun dan kata bidalan. Hanya bicara-bicara kasar dan tulisan rumi ringkas menjadi mainan anak-anak kita, dek pengaruh dunia serba maju ciptaan bangsa penjajah yang terdahulu.

Agama Islam pilihan bangsa Melayu sejak berzaman dahulu tidak lagi menjadi teraju. Malah dirombak-rombak dengan pelbagai fahaman sehingga anak-anak Melayu jadi serba keliru.

Adab dan Adat entah ke mana hilangnya? Anak-anak Melayu tak tahu di mana harus dirujuk semua ini kerana yang menjadi ketua dan pemimpin kita sudah tidak fasih beradab dan kurang arif beradat. Mungkin mereka ini bukan lagi Melayu sejati! Malah mungkin mereka ini bukan Melayu sebenarnya! Atau mungkin mereka ini sudah menjadi kurang ajar!!!

Pakaian anak-anak Ibu Pertiwi dewasa ini entah dari mana datangnya. Ada berkacuk Arab, India dan Cina malah jelas pengaruh Mat Saleh menjadi pilihan utama. Itulah pakaian seragam kita hari-harian. Baju dan kain batik terasa kolot, baju telok belangga, baju kurung dan kebaya sudah dimodenkan sehingga hilang falsafah dan isyarat pakaian sebenarnya.

Yang paling sedih Seni Budaya kita bagai tiada lagi!!!! Ia hanya menjadi bahan pameran di muzium sahaja atau terkadang dijadikan persembahan untuk para-para pelancung. Anak Melayu tidak gemar lagi akan ia! Anak Melayu sudah tiada ilmu dan seni-seninya lagi. Segalanya bagai sudah lesu-lesi…

Malah hari ini, seni silat Melayu pun sudah bagai tidak punya erti lagi kepada anak-anak Melayu. Seni yang mempertahankan Tanah Air ini sejak zaman berzaman dahulu dianggap satu perniagaan semata, boleh dipelajari dan boleh dimiliki sekiranya ada berduit atau kaya!!! Malah boleh menjadi Guru sekiranya bukan bangsa Melayu sekalipun, kerana silat Melayu hanya dianggap seni dan tidak lebih dari itu.

Ramai anak-anak Melayu tidak perduli lagi pada usaha rakan2 Tok Bahaman. Tak kisah langsung pada perjuangan sahabat-sahabat Panglima Ismail dan MALAH tak pernah hirau sekali pun pada IBU PERTIWI yang sedang MENANGIS!!!!!

Sebab itulah ramai yang tertanya-tanya : Apa itu Melayu?

Kerana mungkin mereka itulah Melayu yang tidak punya keilmuan Melayu atau mungkin mereka ini tak pernah ambil tahu sejarah Bumi Melayu atau mungkin mereka itulah yang ditangisi oleh Ibu Pertiwi yang seharusnya sentiasa bahagia..

“Ya Allah, izinkan aku berpijak di atas Bumi Mu Yang Bahagia ini…..”

-amin-

DIARI-JWJ2

KU TEMUI ANAK BANGSA KU DI BUMI ASING

Baru seminggu pulang dari Ekspedisi Jejak Warisan Jawi II - 2011 merentas tujuh negara. Terasa lenguh juga untuk menaip catatan perjalanan untuk tatapan semua. Aku usahakan juga agar perjalanan ini menjadi kenangan buat mereka yang turut serta dan menjadi cabaran pada yang lain agar kita teruskan pengembaraan seperti ini agar dapat menafaatkan kepada anak bangsa.


Usahlah kita buat tidak endah kepada nasib bangsa kita di mana pun mereka berada... takut nanti Bani Jawi kehilangan adab dan budaya tergadai atau di rampas orang lain yang bukan bangsa kita. Bacullah kita sekiranya kita biarkan atau serahkan sebegitu saja budaya milik kita kepada orang asing.

Kalau Besi Tetap Besi... sekiranya dicelup Emas sekalipun
Kalau mangli tetap mangli.... habis punah Melayu Serumpun

ikutilah catatan perjalanan JWJ2 di blog : Diari-JWJ2

Mencari Asal Usul Tamadun MELAYU

Semuanya sudah hampir bersedia... sudah hampir pada tarikhnya, iaitu 25hb Mei 2011, konvoi Jejak Warisan Jawi II akan mula bergerak menuju ke Thailand untuk mengimbas kembali laluan kami pada tahun lepas...... kemudian ke Kambodia, Utara Vietnam, Laos, Yunan China dan akhirnya berpatah balik untuk memasuki Burma dan pulang ke Semenanjung melalui Thailand juga.


Sekali lagi kami akan menjelajah wilayah-wilayah yang asalnya tercatat Tamadun Melayu di sini dan wilayah Yunan China yang mempunyai hubungan rapat dengan Tamadun Melayu.

Kita harus bangga dengan kedaulatan dan ketamadunan Melayu kerana punya asal-usul yang benar sejak ribuan tahun lalau.... hanya pada hari ini anak2 melayu kurang yakin pada bangsanya sendiri adalah kerana kurang mengetahui sejarah silam setelah diputar belitkan oleh bangsa pendatang. Sehinggakan pada hari ini, anak2 Melayu sanggup agungkan bangsa lain dan menggangkat bangsa lain untuk tunjuk ajar mereka bagaimana untuk bermasyarakat sedangkan amalan bangsa Melayu sudah cukup lengkap dalam hal ini.

Ini adalah kerana kita menolak sejarah kerana kejahilan kita....

Oleh itu konvoi Jejak Warisan Jawi II akan terus meneroka bersama akbar rasmi Utuasan Malaysia selama 21 hari dengan kenderaan 4x4 (bersama anggota Blackwind Adventure Team dan Ahli WarisAlam) merentas 7 negara mulai 25hb Mei - 14 Jun 2011.

Moga2 usaha kita bersama dapat terus menyelamatkan anak2 Melayu dari segi kefahaman sejarah akan hal TAMADUN AGUNG BANGSA MELAYU.

[gambar di atas semasa Sidang Media pada 08.04.2011]

Untuk maklumat lengkap mengenai ekspedisi JEJAK WARISAN JAWI II sila layari www.jwjonline.com

Megah di atas robohan sebuah Mesjid

KU TEMUI KISAH INI DI FACEBOOK SEORANG TEMAN

Memang benar sejarah kita tidak begitu diperdulikan sangat oleh anak-anak tanah air sendiri... ia terbiar tertinbun oleh kisah-kisah lain yang lebih menarik di dalam dunia internet dan kaca TV.

Namun masih beruntung kita kerana ada segelintir nak2 Melayu yang masih mahu berusaha untuk mengali kisah2 sejarah bangsa untuk menyatakan bahawa kita bangsa Melayu ini adalah bangsa yang bertemadun, punya ketetapan peradaban sendiri dan telah ribuan tahun menguruskan akan hal budaya dan Agama secara tersendiri.

Hanya kita menjadi lemah apabila kita terlalu teruja kepada pengaruh bangsa asing dan kita biarkan bangsa yang tiada sopan ini menjajah kita...... juga kita tidak benar2 bangkit mempertahankan tanah air, bangsa dan agama kita.... maka terjajahlah kita sehingga kita lupa bahawa satu masa dahulu kita adalah bangsa yang berdaulat..... sehinggakan kita percaya bahawa kita ini tidak punya upaya... dan kita biarkan bangsa lain menerajui dan menyusun atur hidup kita2 ini yang sebenarnya bangsa yang cukup berdaulat!!!!

Bicara ini aku tersentuh apabila aku menemui pamparan penemuan hal-hal sejarah terobohnya sebuah Mesjid dan di atasnya terbina kota A'famosa... dan kota ini sudah menjadi kemegahan kita pada hari ini sebagai tarikan pelancongan setelah tertimbusnya sebuah Mesjid yang terbina atas nama Agama....