Thursday, February 23, 2012

Mencari kebenaran akan bangsa melalui JWJ

KAMI TEMUI HALANGAN MERATA-RATA

Sekarang ini masyarakat Melayu di Malaysia semesti sudah harus maklum akan projek Ekspedisi Jejak Warisan Jawi oleh Majmak Budaya dan Warisan Jawi.. Ekspedisi JWJ pertama dari SEMENANJUNG ke AYUTTHAYA pada tahun 2010 dan JWJ2 merentas 7 negara sehingga ke CHINA pada tahun 2011. Dan, 2012 merancang pula ekspedisi JWJ3 ke bumi Indonesia dan dalam perancangan awal untuk JWJ4 merantau sehingga ke Istambul.

Persembahan seni silat oleh pasukan JWJ2 di Kembodia
Seni silat seperti ini sudah tiada lagi di bumi yang kami lawati
"Hilang entah ke mana?"

Namun apa pun ada kalanya JWJ ini cuba dikaitkan dengan pelbagai anggapan..... Namun kami tetap dengan hasrat kami.... 'Mencari dan Bertemu' untuk mencari kebenaran untuk Bangsa kita, Melayu agar kita kekal selamanya sebagai bangsa yang berdaulat....

Apa yang kami temui di dunia internet kali ini adalah komen serta pandangan mengenai JWJ, seperti ;

Jejak Warisan Siam

Nota : Seorang pengunjung blog ini, Asri Al-Baker, telah tampil menjelaskan dakwaan yang dibuat oleh blogger TheMalayPress semasa pelancaran ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 di dalam blognya. Encik Asri juga telah memaklumkan bahawa “Majma Budaya dan Warisan Jawi” dan ekspedisi "Jejak Warisan Jawi 2" ini tiada kaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh anai-anai. Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas penjelasan beliau dan dengan penuh rendah diri memohon maaf kepada “Majma Budaya dan Warisan Jawi” dan peserta ekspedisi "Jejak Warisan Jawi 2". Penulis harapkan kedua-dua gerakan ini akan terus maju demi memartabatkan agama, bangsa dan negara kita.

................................
KOMEN-KOMEN :

  1. shalom,

    1. Ada beberapa perkara yang aku nak jelaskan berkenaan posting ni.

    2. Aku nak jelaskan berkenaan dakwaan Herman Malaypress dalam posting beliau yang terbaru berkenaan ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2.

    3. Aku berada dalam majlis pelancaran tersebut. Aku bukan ahli ekspedisi. Aku adalah seorang Melayu uang meminati sejarah bangsaku.

    4. Disini lebihkurang :
    - Presentation oleh Dr. tersebut bukan tertutup, ia telah diwar-warkan kepada orang ramai. Tetapi kehadiran orang ramai mendukacitakan. Sebab itulah ia hanya didengar oleh peserta ekspedisi sahaja. Bukan seorang, tetapi 2 org professor yg hadir dan membentangkan serba sedikit mengenai kajian mereka.
    - Herman hanya mengambil "quote" dan publish kata-kata professor tersebut yang selari dengan fahaman dia yang taksub itu.
    - Professor tersebut juga menyatakan kepada Herman bahawa dakwaan Anai-anai tidak berasas kerana hanya bersandarkan wasiat dan tiada fakta serta bukti ilmiah (tidak disebut pun oleh Herman dalam blognya).
    - Professor itu juga menyatakan bahawa beliau telah mencuba untuk menghubungi dan berjumpa dengan Anai-anai tetapi Anai-anai mengelak. Disini, Herman cuba menelefon Anai-anai dan mengajak Prof tersebut untuk berdebat. (kelakuan yg sgt tidak professional).
    - Kajian yang dijalankan oleh prof ini dan rakan-rakannya dari universiti-universiti seluruh Malaysia, adalah untuk menjawab satu kenyataan dr Singapura mengenai "bangsa Melayu itu tidak Wujud".
    - Prof dan rakan-rakannya menjalankan kajian dan mendapati bahawa Melayu telah wujud, lama sebelum Jepun, Cina, dan sebagainya. Ia akan dibukukan dan dijilidkan.
    - antara kandungan kajian tersebut ialah kajian carbon-dating serta DNA, yang dibuat oleh HuGO, mengenai DNA manusia serta DNA lain seperti DNA padi, yang menunjukkan DNA padi di Malaysia lebih tua dari DNA padi Siam, Jepun dan sebagainya.

    5. Aku juga nak menyatakan disini bahawa Majma, dan projek JWJ2 tiada kena mengena dgn teori Siam Anai-anai. Ramai yang mengikuti ekspedisi tersebut yg terdiri dari pengkaji sejarah bebas dan tidak terpengaruh dengan teori tersebut.

    6. Banyak lagi yang aku nak tulis tapi takpelah. Aku rasa terpanggil untuk berkongsi kerana kelihatan Saudara Ibnu Rusydi hentam kromo mengenai usaha JWJ2 disini tanpa usul periksa.

    yang ikhlas,

    Asri al-Baker
    +60.16.900.3747

  2. to saudara Asri Al-Baker,

    Many thanks for your info. Tak ada masalah, saya bukan maksum, dan tak akan membuta tuli mempertahankan sesuatu yang batil. Jika ada kenyataan saya sebelum ini termasuklah artikel ini mungkin jelas tersilap atau salah faham, saya secara terbuka dan rendah diri meminta maaf kepada pihak saudara.

    Tahun lepas, saya banyak ikuti siri JWJ yang dipaparkan di dalam Berita Minggu, dan ada juga sesekali cerita dikeluarkan dalam digest Realiti. Dan banyak tulisan yang dipaparkan dinyatakan berkaitan dengan dakwaan anai2. Itu yang menyebabkan saya agak skeptikal dgn JWJ siri 2 ini.

    Jika benar JWJ siri 2 ini tidak berkaitan dengan fahaman karut anai2 ini, saya harap pihak saudara dan JWJ pantas bertindak untuk membidas pihak2 berkepentingan seperti Herman Abdullah @ TheMalayPress yang menggunakan JWJ siri 2 ini untuk kepentingan sendiri termasuk memutarbelitkan fakta gerakan ini.

    Saya gembira untuk memberi kerjasama, dan tiada masalah untuk membantu mempromosi JWJ di blog saya pada masa akan datang. Kerana akhirnya, niat saya dan anda sama sahaja, untuk sama2 membongkar rahsia sebenar bangsa kita, dan membangkitkan kembali kekuatan demi agama Islam, bangsa dan negara Malaysia tercinta ini.

    Salam hormat,

    IBNU RUSYDI

  3. Sdr Ibnu Rusydi,

    1. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membalas komen aku. Tidak perlu saudara memohon ma'af sebenarnya kerana seperti yang saudara nyatakan, niat kita adalah sama :-)

    2. Begini saudara, usaha JWJ bukanlah mudah, kerana tiada sokongan dari masyarakat dalam segala segi. Kewangan, spiritual, logistik, semuanya bukan mudah. Untuk itu, JWJ mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyumbang bersama. Dalam hal ini, terutamanya untuk membuka mata masyarakat, tidak banyak pendedahan yang telah berjaya dilakukan dalam JWJ1 kerana tiada lidah rasmi atau media rasmi.

    3. Disitulah apabila majalah Realiti tampil, dan bekerjasama, hanya cerita atau isi yang berkaitan dengan ideologi mereka sahaja yang ditampilkan.

    4. Dalam JWJ2, pihak pengurusan telah mengambil langkah lebih berhati-hati dan ada usaha serta sokongan dari pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk membantu. Kali ini, JWJ2 turut membawa media rasmi serta media jemputan yang lebih professional.

    5. Berkenaan dengan lokasi/destinasi yang saudara katakan mengikut ataupun mengambil acuan teori Siam Anai-anai, begini yang saya boleh nyatakan : Untuk mengkaji Melayu, tidak dapat tidak, Indo China memanglah antara tempatnya. Kajian tidak akan lengkap tanpa lokasi-lokasi tersebut.

    6. JWJ2 juga mengambil kira pendapat dan saranan dari golongan cendikiawan yang telah memberikan sokongan padu bagi mencerahkan umat Melayu berkenaan sejarah kita. Bukan untuk memenuhi agenda atau kepentingan mana-mana pihak.

    7. Untuk memastikan JWJ2 dapat dijadikan satu rujukan, pihak JWJ2 membawa krew-krew rakaman professional supaya perjalanan dan penemuan dapat didokumentasikan. Bukan sahaja untuk rujukan, tetapi supaya dapat menjelaskan apa sebenarnya JWJ dan juga untuk menangkis pendapat-pendapat piak-pihak lain. Ini akan dijalankan apabila ekspedisi ini selesai kelak. Insya Allah.

    ikhlas

    Asri al-Baker

  4. Terima kasih atas maklumbalas saudara.

    "- Kajian yang dijalankan oleh prof ini dan rakan-rakannya dari universiti-universiti seluruh Malaysia, adalah untuk menjawab satu kenyataan dr Singapura mengenai "bangsa Melayu itu tidak Wujud."

    Adakah yang dinyatakan oleh saudara di atas ini ada berkaitan dengan buku 'Contesting Malayness' yang dikeluarkan oleh NUS?

    saya juga berharap selepas ini golongan anai-anai khususnya Herman Abdullah @ The'Siam'Press tidak akan memandai2 menjual nama Majma' dan JWJ untuk kepentingan ideologi sesatnya, sama ada di dalam blognya mahupun dalam digest 'Fantasi'nya.

    Tentang senarai destinasi, saya maklum tentang sejarah silam Melayu di Indochina. Salah faham mungkin timbul kerana puak anai2 terlalu mewarwarkan lawatan ke Ayutthaya.. =)

    Akhir kata, jika ada makluman menarik yang ingin dikongsikan dalam lawatan tersebut, harap tidak ragu2 untuk maklumkan kepada saya. Boleh dipertimbangkan untuk dikongsi bersama dalam blog ini (^_^)

    Salam hormat,

    IBNU RUSYDI

  5. 1. Ya.

    2. Tepat sekali. "Contesting Malayness" :-)

    3. Insya Allah :-)

    4. Kebanyakan pihak meletakkan banyak sempadan terhadap kajian sejarah Melayu. Ada yang meletakkan sempadan geografi, ada yang meletakkan sempadan agama, ada yang meletakkan sempadan bahasa.

    5. Walhal, jika ingin mengetahui kebenaran Melayu, tiada sempadan sebenarnya.

    6. Tetapi sejarah telah ditulis oleh mereka yang menang (History was written by the victor). Nenek moyang dan saudara mara kita terlalu ramai yang dibunuh. Bayangkan, sewaktu kedatangan penjarah Eropah ke benua Amerika selatan, lebih 16 juta penduduknya dibunuh habis begitu sahaja. Mereka ini adalah juga termasuk dalam bangsa kita sebenarnya. Etnic cleansing dalam sejarah kita amat sedih untuk dibicarakan. Itu belum bukak cerita yang di Kuala Lumpur...

    Wallahu A'alam

    Asri al-Baker

    Reply
......................................

Apapun bicara semua... JWJ pasti akan terus berjuang demi anak-cucu Bani Jawi walaupun menempuh seribu halangan.....

rujuk :
http://jwjonline.com/
http://diari-jwj2.blogspot.com/


1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

Saudara Asri Al Baker.

Saya baru terbaca tentang masalah yang saudara sebutkan ini dan oleh kerana nama saya telah disebut maka saya ingin mendapatkan beberapa jawapan daripada saudara:


Herman hanya mengambil "quote" dan publish kata-kata professor tersebut yang selari dengan fahaman dia yang taksub itu.

1. Tolong sebutkan quote yang mana satu yang diambil? Bila dan dimana perjumpaan ini berlaku?

- Professor tersebut juga menyatakan kepada Herman bahawa dakwaan Anai-anai tidak berasas kerana hanya bersandarkan wasiat dan tiada fakta serta bukti ilmiah (tidak disebut pun oleh Herman dalam blognya).

2. Siapa nama profesor itu?

3. (tidak disebut pun oleh Herman dalam blognya). Apa yang tidak disebut ?

4. Siapa nama profesor itu dan saya sendiri akan mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri tentang tuduhan dibawah ini.

- Professor itu juga menyatakan bahawa beliau telah mencuba untuk menghubungi dan berjumpa dengan Anai-anai tetapi Anai-anai mengelak. Disini, Herman cuba menelefon Anai-anai dan mengajak Prof tersebut untuk berdebat. (kelakuan yg sgt tidak professional).

Saya akan jawab satu persatu segala tuduhan diatas ini.

Wassalam.
Herman Abdullah
The Malay Press

Cabaran & Harapan

Buku ini merakamkan catatan pengembaraan siri Kembara Jejak Warisan Jawi (JWJ) ke luar negara yang memberi seribu cabaran dan harapan kep...