MENCARI ERTI HIDUP BERKONGSI
Memang seronok, kalau penat-penat bekerja melunaskan kehendak dunia, sesekali kita mencuri (secara halal) ruang waktu keluar makan angin terutamanya bersama keluarga kita yang tersayang.
Bergitulah terhasratnya cita-cita beberapa orang ahli perkongsian niaga persyarikatan WIRAWANGSA, telah memilih untuk bercuti makan angin dengan membawa keluarga bersama di Desa Rimba Resort. Moga-moga eratan persaudara dalam perkongsian niaga dan antara keluarga-keluarga terikat kuat dan kekal selamanya terjalin ibarat air sungai yang mengalir di dusun tempat pilihan mereka ini. Bak kata orang tua-tua, ‘Air mengalir, dicincang tak kan putus’, Kalau tak percaya datanglah ke sini dan lihatlah kebenaran kata-kata pujangga tersebut.
Hari bercuti hanya sabtu dan ahad, tetapi mereka dapat penuhi setiap saat dan ketika dengan melapangkan diri menguasai keindahan alam dan hidup bagai orang yang bebas dari masalah kota. Apa tidaknya, aktiviti setiap masa hanyalah makan-makan, mandi-mandi dan setelah penat, tidur-tidur.
Memang seronok, sedap lagi syok di sini, makan buah-buah tempatan yang terhasil dari dusun, tanah milik orang kita, seperti; durian, manggis, rambutan dan cempedak, diselang dengan makan ayam panggang dan kemudian terjun ke dalam sungai, mandi sepuas-puasnya, air di sini sungguh sejuk dan percuma sahaja…….

‘Nikmatilah sepuas-puasnya, ini semua kami usahakan untuk kamu wahai anak cucu, agar kamu dapat berkongsi hidup dengan penuh bermakna dan bersatu hati’.
oleh:say
2 comments:
Keindahan dan kedamaian yang tak terucap oleh kata hanya yang bersama menikmati. Walau sedikit masa yang ada tapi kalau ianya di rancang dan disusun dengan baik maka kecapilah kenikmatan yang sebenar. " Rugilah kalau hanya menumpang masa yang berlalu tanpa cuba mengisi masa kita yang sedikit ini"
Amboi..alangkah elok jika berkesempatan menjemput kawan-kawan makan durian di dusun,
Post a Comment