Monday, August 6, 2007

Pilihan Yang Rumit

MENCARI JALAN YANG TERBUNTU (1)

Tak seorang pun anak Melayu yang menolak bahawa dia Melayu, kecuali dia sendiri sudah lupa asal usul nenek moyangnya…. Tapi yang jelas anak Melayu hari ini terlupa bahawa Melayu itu ada budaya dan peradabannya. Bukan semua!

Anak Melayu masih berbahasa Melayu dan terkadang lebih banyak tercampur bahasa penjajah…itu anak melayu kota. Di kampung, anak Melayu masih kuat berbahasa ibunda dan tak mampu langsung sesetengahnya berbahasa dunia. Ini yang rumit! Mana satu anak Melayu yang sejati?

Anak desa menolak seratus peratus bahasa penjajah di agungkan, anak Melayu kota ada juga memperjuangkan yang sama, but most of the time they speaks English among themselves…. 'Bahasa Melayu tak cukup suku', kata mereka (maksudnya bahasa Melayu tak cukup perkataan untuk memantapkan keterangan), lalu, mereka berfikirlah dalam bahasa penjajah…..

Macam mana ni?… kita perlu anak Melayu yang mampu berbahasa dunia agar dapat gegar dunia, bukan anak Melayu yang berjiwa penjajah yang akhirnya tumpang jajah anak bangsa sendiri….

Kata aku di dalam jiwa;
‘sekadar merenung di saat-saat menanti kedatangan hari ulangtahun kemerdekaan yang terpilih’

oleh:say

1 comment:

Anonymous said...

apa maksud menanti hari kemerdekaan yang terpilih?..tercetus di benak ini bagaikan ada mesej ynag di khabarkan..kemerdekaan!!!!!!!Islam di Tanah Melayu ke????

Cabaran & Harapan

Buku ini merakamkan catatan pengembaraan siri Kembara Jejak Warisan Jawi (JWJ) ke luar negara yang memberi seribu cabaran dan harapan kep...