Banjir Lagi di Kampung Ku




Beginilah keadaannya... Bah mai dan pi, sejak dari dulu sampai la ni.. macam tu lah keadaan di tempat tumpah darah ku ni.

Bila saja aku dengar berita ni, aku cuba hubungi saudara mara yang masih setia menjadi penjaga di tanah hak keturunan kami, sebidang tanah yang terletaknya sebatang sungai besar di belakang tanah ini dan mengadap sawah bendang di hadapannya.

Tanah pusaka ini telah diterokasi oleh moyang aku, Tok Sudin setelah merajuk lalu bawa diri dari Istana Bukit Pinang. Entahlah apa yang dia ni merajuk sangat sehingga sanggup bawa anak bini memugar tanah di kawasan Titi Baru ni.

Saudara mara aku telah beberapa hari berpindah dan di tempatkan di masjid, kawasan yang agak tinggi setelah hujan lebat turun tanpa henti berhari yang lalu. Berginilah nasib mangsa-mangsa banjir terpaksa hadapi bencana ini dan terkadang terasa juga sedih di hati memandangkan harta benda akan rosak segala.... Apa pun mereka ini terpaksa juga lalui dan dengan harapan padi musim akan datang menjadi sakan agar dapat memulihkan keadaan.

Tahun ini bukan setakat banjir saja melanda tanah air kita, malah telah di selang selikan dengan ribut dan puting beliung. Anak-anak tanah air ini harus tabah dan sama-sama berkeyakinan bahawa esok pasti cerah semula dalam kehidupan.

Benarlah bagai kata orang arif bahawa "sesuatu kurnia akan diterima oleh orang-orang tertentu sahaja, sesuatu bala akan diterima oleh ramai orang".



9 comments:

Anonymous said...

sdr,
tertarik dgn dakwaan mengatakan moyang sdr dari istana bkt pinang. mungkin ada kebenaran...kalau tok sudin itu lah yang sdr maksudkan maka tok sudin itu merupakan generasi ketiga dari pengasas istana bkt pinang. dalam erti kata lain beliau adalah cucu kepada pangasas istana tersebut. samada beliau ini cucu 'rasmi' atau dari isteri-isteri lain wallahualam. tok sudin keluar dari istana kerana berkecil hati tidak ditabal menjadi raja sebaliknya diserahkan kepada adiknya yang bergelar Tengku Raja Mahkota, walaupun tok sudin merupakan anak yang sulung. maka hiduplah dia sebagai rakyat biasa. untuk pengetahuan, sdr adalah keturun yang ke 7 dari pengasas istana tersebut. salam.

ponpakya said...

salam kpd anon jan 25 2011 4:24 PM

cukup menarik secebis maklumat yg saudara berikan di sini.. lebih detail dari apa yg saya tahu.. elok kiranya dapat saya kaji lebih terperinci agar kesahihan menjadi lebih jelas..

berbesar hati sekiranya sdr dapat memaklumkan rujukan maklumat tersebut agar saya meneruskan kajian salasilah ini.

terima kasih sangat2.

Anonymous said...

salam,
terima kasih atas perhatian. saya sendiri masih mengkaji bagaimana hubung kait pemilik asal istana bukit pinang dengan daeng perani. dipercayai pemilik asal istana bkt pinang itu adalah keturunan daeng perani dari bugis yang membantu kedah ketika perang dengan Raja Kechil. dan juga masih mengkaji hubungan pemilik istana tersebut dengan selangor bermula dari Sultan Sulaiman.

ponpakya said...

salam kepada sdr anon yg memberi maklumat,

besar hati kiranya maklumat sdr dpt dikongsi melalui email saya ponpakya@gmail.com

agar saya cuba pula membuat kajian peribadi saya.

tk-ponpakya

Anonymous said...

sdr,
apa-apa pun untuk kajian peribadi sdr suka saya ingatkan bahawa istilah RAJA pada ketika itu tidak semestinya merujuk kepada SULTAN KEDAH. Sebaliknya RAJA boleh dirujuk sebagai raja daerah spt di kg naga dan kubang pasu (puteri lindungan bulan dan tg anom).

salam.

ponpakya said...

salam, terima kasih sekali lagi kerana ingatkan kpd saya,

Harap satu hari dpt berhubung terus dgn sdr agar dpt maklumat2 yg baik utk saya turut membuat kajian

lagi sekali, terima kasih

Anonymous said...

sdr,
sedikit tips untuk kajian peribadi sdr...
...daeng perani (anak saudara kpd sultan selangor ketika itu) serta saudara2nya telah diminta ke kedah untuk membantu perang saudara sekitar 1724. apabila tamat perang sultan kedah yang baru telah dilantik dan daeng perani mendapat ganjaran dan telah dikahwinkan dengan anak pemilik istana bukit pinang (masih belum dpt nama yg sahih) yang bernama raja zulika. Sejak dari itu daeng perani memakai gelaran raja nong.

hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan 2 org anak iaitu abd samad dan tengku raja mahkota (kubur panjang). raja nong telah melantik tengku raja mahkota untuk menggantikannya kelak dan menyebabkan abd samad merajuk dan lari meninggalkan istana ke titi baru. disitu dia dikenali sebagai hanafiah...

ponpakya said...

salam dan terima kasih lagi sekali kpd sdr.

nampaknya maklumat sdr ini agak baik dan tidak kesampaian bagi saya selama ini..

terima kasih dan sekiranya ada maklumat2 lain harap dapat emailkan terus kpd saya di ponpakya@gmail.com

saya akan cuba buat kajian terus berdasarkan tip2 yg sdr berikan...

besar hati saya sekiranya saya dapat maklum dr mana maklumat ini datang dan dari siapa....

apa2 pun saya dahulukan dengan terima kasih.

salam

Anonymous said...

terdapat catatan : Semasa di Kedah, Daeng Perani telah jatuh hati dgn kecantikan adinda bongsu baginda sultan Muhammad Jiwa iaitu Y.A.M Tunku Aisha Binti Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah 1. Bagi menghargai jasa Daeng Perani, baginda sultan telah mengahwinkan Tunku Aisha dgn Daeng Perani. Tunku Aisha adalah isteri ke-4 Daeng Perani (isteri pertama Anak Nahkoda Alang, kedua Tengku Tengah dari kesultanan Johor, ketiga anak raja Selangor).