HILANG PERGI ENTAH KE MANA…Ruang dan waktu di dalam istana cukup gelap, sepi dan kaku. Biarpun indah segala warna terdapat di balai rong namun sepi lebih memurami waktu ini. Malah ruang itu hampir kosong tanpa penghuni, tanpa dayang-dayang dan segala pak menteri dan orang besar-besar sudah lama tidak menghampiri istana ini… yang tinggal hanya sultan dengan di temani beberapa kerat para hulubalang dan tok penasihat sultan semata-mata.
Murung semuanya di istana, murung sungguh kali ini, malah seluruh negeri jelapang padi ini cukup bersedih dan terhiba. Negeri telah di serang angkatan bangsa thai sehingga bencana melata seluruh tanah air. Orang sudah ramai keluar negeri, tinggal kampung halaman berhijrah ke seberang perak. Kot-kot di sana dapat berteduh buat seketika.
Mana mereka dapat tahan lagi, nak keluar rumah untuk mencari rezeki pasti di bunuh seraya. Mesjid sudah di selimuti lalang dan azan sudah lama tak berkumandang…
Sultan mundar mandir di balai rong, para hulubalang hanya terpaku tanpa mengangkat kepala, tok penasihat yang cukup warak orangnya masih berdiri di belakang sultan menanti. Menanti Yang Mulai Tuanku tenang sedikit agar dapat mula bicara. Puas juga Syeik Ahmad, penasihat sultan menanti… akhirnya sultan mula menatap ke wajah Sheik Ahmad seolah mengharapkan sesuatu….
Inilah peluang terakhir agaknya untuk menyelamatkan bangsa jawi di bumi tercinta ini. Ini lah masanya Sheik Ahmad akan menyampaikan nasihat terakhir setelah perlbagai susuncara telah sultan iktiar untuk menyelamat negeri baginda.
Baginda sultan menghampiri Sheik Ahmad dan terus memeluh dalam seribu kerunsingan tersemat di jiwa… Sheik Ahmad turut memeluk balas dan meletakkan bibirnya hampit di telinga sultan dan bebisik sesuatu dengan pelahan-lahan… Agak lama juga bicara bisik Sheik Ahmad… sultan amati dengan teliti dan sesekali mengangguk-angguk kepala seolah mula mengerti sebenar cerita.
Setelah Sheik Ahmad berhenti berbisik, sultan menoleh ke belakang memandang tepat kepada para hulubalang empat yang sedia menanti sesuatu. “Panglima Ismail, kita mohon dari kamu agar segera melaksanakan perintah kita’. Titah tuanku kepada salah seorang hulubalang istana. Panglima Ismail bergegas melangkah mengadap sultan, rapat panglima, sambil menanti perintah arah YM Tuanku, “Ampun Tuanku, hamba patik menanti arah’.
Sultan memang percaya benar dengan panglima Ismail itu tetapi sultan tidak segera bertitah perintah malah Sultan bergerak keluar balai rong dan mengarah langkah ke kamar di raja meninggalkan segala orang-orang setia terpingga-pingga. Para hulubalang mengalih pandangan dari sultan dan memandang Sheikh Ahmad, Sheik Ahmad tenang sahaja tanpa menunjukkan kerisauaan apa-pa. “Insyallah… kita serah saja pada Yang Maha Esa”.
Setekita berlalu…Sultan kembali ke ruang penghimpunan para hulubalang tadi yang setia dan sedia menanti, menghampiri ke arah Panglima Ismail dengan membawa sebuah peti kecil, lalu bertitah “Kamu Panglima istana Beta, Ismail Panglima Kanan, kita taruh harapan agar kamu membawa amanah kita agar bumi ini kekal hak bangsa kita sampai bila-bila”. “ Ampun Tuanku” sahut Panglima Ismail tegas menanti perintah agar lebih jelas. “Kita minta kamu segera pergi ke Kampung Binjai membawa peti amanat ini dan beri kepada penghulunya”, perintah sultan dengan penuh harapan.
(draf ini akan ku lakar-lakarkan lagi agar lebih jelas tentang kisah para hulubalang misteri buat tatapan anak2 bangsa jawi)