Tuesday, March 3, 2009

AMANAH BUAT PANGLIMA ISMAIL

HILANG PERGI ENTAH KE MANA…

Ruang dan waktu di dalam istana cukup gelap, sepi dan kaku. Biarpun indah segala warna terdapat di balai rong namun sepi lebih memurami waktu ini. Malah ruang itu hampir kosong tanpa penghuni, tanpa dayang-dayang dan segala pak menteri dan orang besar-besar sudah lama tidak menghampiri istana ini… yang tinggal hanya sultan dengan di temani beberapa kerat para hulubalang dan tok penasihat sultan semata-mata.

Murung semuanya di istana, murung sungguh kali ini, malah seluruh negeri jelapang padi ini cukup bersedih dan terhiba. Negeri telah di serang angkatan bangsa thai sehingga bencana melata seluruh tanah air. Orang sudah ramai keluar negeri, tinggal kampung halaman berhijrah ke seberang perak. Kot-kot di sana dapat berteduh buat seketika.

Mana mereka dapat tahan lagi, nak keluar rumah untuk mencari rezeki pasti di bunuh seraya. Mesjid sudah di selimuti lalang dan azan sudah lama tak berkumandang…

Sultan mundar mandir di balai rong, para hulubalang hanya terpaku tanpa mengangkat kepala, tok penasihat yang cukup warak orangnya masih berdiri di belakang sultan menanti. Menanti Yang Mulai Tuanku tenang sedikit agar dapat mula bicara. Puas juga Syeik Ahmad, penasihat sultan menanti… akhirnya sultan mula menatap ke wajah Sheik Ahmad seolah mengharapkan sesuatu….

Inilah peluang terakhir agaknya untuk menyelamatkan bangsa jawi di bumi tercinta ini. Ini lah masanya Sheik Ahmad akan menyampaikan nasihat terakhir setelah perlbagai susuncara telah sultan iktiar untuk menyelamat negeri baginda.

Baginda sultan menghampiri Sheik Ahmad dan terus memeluh dalam seribu kerunsingan tersemat di jiwa… Sheik Ahmad turut memeluk balas dan meletakkan bibirnya hampit di telinga sultan dan bebisik sesuatu dengan pelahan-lahan… Agak lama juga bicara bisik Sheik Ahmad… sultan amati dengan teliti dan sesekali mengangguk-angguk kepala seolah mula mengerti sebenar cerita.

Setelah Sheik Ahmad berhenti berbisik, sultan menoleh ke belakang memandang tepat kepada para hulubalang empat yang sedia menanti sesuatu. “Panglima Ismail, kita mohon dari kamu agar segera melaksanakan perintah kita’. Titah tuanku kepada salah seorang hulubalang istana. Panglima Ismail bergegas melangkah mengadap sultan, rapat panglima, sambil menanti perintah arah YM Tuanku, “Ampun Tuanku, hamba patik menanti arah’.

Sultan memang percaya benar dengan panglima Ismail itu tetapi sultan tidak segera bertitah perintah malah Sultan bergerak keluar balai rong dan mengarah langkah ke kamar di raja meninggalkan segala orang-orang setia terpingga-pingga. Para hulubalang mengalih pandangan dari sultan dan memandang Sheikh Ahmad, Sheik Ahmad tenang sahaja tanpa menunjukkan kerisauaan apa-pa. “Insyallah… kita serah saja pada Yang Maha Esa”.

Setekita berlalu…Sultan kembali ke ruang penghimpunan para hulubalang tadi yang setia dan sedia menanti, menghampiri ke arah Panglima Ismail dengan membawa sebuah peti kecil, lalu bertitah “Kamu Panglima istana Beta, Ismail Panglima Kanan, kita taruh harapan agar kamu membawa amanah kita agar bumi ini kekal hak bangsa kita sampai bila-bila”. “ Ampun Tuanku” sahut Panglima Ismail tegas menanti perintah agar lebih jelas. “Kita minta kamu segera pergi ke Kampung Binjai membawa peti amanat ini dan beri kepada penghulunya”, perintah sultan dengan penuh harapan.

(draf ini akan ku lakar-lakarkan lagi agar lebih jelas tentang kisah para hulubalang misteri buat tatapan anak2 bangsa jawi)

8 comments:

Anonymous said...

Lakaran ini jika di garap,di selit,dicuit dengan elemen perjuangan bangsa,agama,negara serta cinta abadi jua cinta zahir
memaparkan satu bentuk kisah silam yang berhubung kait dengan peristiwa kini dan masa depan anak jawi..."Amanah abadi kekal,amanah zahir bagai hilang.."
masih menantikah nenek itu disana mungkin berbisik hatinya"dimana anak cucu aku ini tak kunujung tiba,aku tak bentah lagi di tanah ini....

Anonymous said...

Salam...

Ponpakya.. apa pendapat berkenaan dengan dakwaan http://sejarahnagarakedah.blogspot.com mengenai adanya seorang Khalifah Syarif yang menjadi ketua pemerintah Tanah Melayu dahulu yang telah dihilangkan sejarahnya sejak tahun 1821?

ponpakya said...

salam pencarian,

Khalifah Syarif itu diceritakan sebagai raja bersemayam di Ayuthaya (kerajaan beraja Islam) yang memerintah kerajaan Siam sehingga ke kedah tua. Baginda lari ke kedah pada awal 1800an (kalau tak silap saya) kerana di kejar bangsa thai. Ramai pengikutnya mengikuti baginda dan sehingga terdapat kini orang siam cham-cham di utara kedah.

Tengku Muhammad jiwa telah berkahwin dengan adik Raja Ayuthaya itu dan di bawa ke kedah tetapi di tolak sebagai pemaisuri kerana berbangsa siam. Tak heranlah kenapa Tengku Muhammad jiwa dapat memerintah sehingga ke ranong sana bersempadan dengan segenting kra.

Lihat : http://ponpakya.blogspot.com/2007/07/melayu-bermula-di-segenting-kra.html : gambar-gambar sempadan melayu-siam

Anonymous said...

Salam PonPakya

Saya tertarik dalam baris baris ayat terakhir... Kenapakah di perintahkan ke Kampung Binjai..
Adakah kerana sesuatu atau secara kebetulan sahaja..

Sekaar ingin tahu...

ponpakya said...

Ke kampung Binjai untuk bertemu seseorang untuk menyimpan amanah buat anak-cucu.... namun tak kesampaian.

Kisah ini tak kesempatan saya sambung buat sementara... InsyaAllah dengan izin, cerita ini akan disambung juga

iNdra said...

salam pd mu hamba Allah...maka sentiasa Ingat Lah Allah Taala...
terlaksana Lah segala yang tersurat dan tersirat dengan satu kalimah....
saya ingin ber tanya kepada tuan hamba...dimanahkah peti bg bani jawi yang hilang itu?dan siapa yang menghianat panglima ismail masa dan ketika itu?tatkala panglima ismail dikepung oleh musuh...dan angkara siapa itu?

ponpakya said...

Salam kepada tuan hamba kembali setelah menyambut salam diberi.

Itulah yang saya cari sebuah peti tersimpan rahsia untuk bani jawi kerana tak kesampaian ke tangan yang diyakini. Hilang tertelan zaman atau mungkin tersimpan juga di suatu tempat menanti datang orang yang hak membuka akan warkah kuasa. Matinya seorang hulubalang diserang beramai dek musuh yang mahukan tanah jawi ini tersepah belah agar satu hari nanti tanah ini di pecah perintah. Maka mungkin anak Melayu akan terus lena dan sudah tentu sireh tak akan pulang ke gagang, pinang tak akan balik ke tampuk...

Unknown said...

Assalamualaikum.

ponpakya, andai bersambung sudah lakaran tinta sejarah ini, minta jasabaik ponpakya beri isyarat sebagai tanda, menarik minat saya untuk membacanya.

husniptd@yahoo.com

Cabaran & Harapan

Buku ini merakamkan catatan pengembaraan siri Kembara Jejak Warisan Jawi (JWJ) ke luar negara yang memberi seribu cabaran dan harapan kep...