KU TEMUI PULAU TEMPAT BERSEMADINYA PARA HULUBALANG MELAYU
Memang tidak semudah seperti pulut dengan serawa, mencari sesuatu yang tidak pasti di mana harus di cari. Nak di korek bumi kedah, tak ku tahu tanah di mana. Nak diselak helaian kitab sejarah, tak ku tahu lagi kitab yang mana. Nak diteliang pada nisan bertanda, tak ku pasti nisan yang mana.
Semakin jenuh langkah ku mencari, semakin lengguh kian menjadi. Apa pun pesan Ayahanda guru, “dua perkara jangan kita buat, satu putus asa dan kedua merugut semata-mata”. Langsung aku teruskan pencarian ini setelah sekian lama terhenti….
Sempat seketika pada bulan lepas setelah aku menemui gambar makam Panglima Ismail hasil dari maklumat oleh seorang saudara ku yang berasal dari kampung sebelah ibu ku, Yan, Kedah, telah mengajak aku kembali mengembara meneruskan pencarian aku akan panglima tersebut.
Pada peringkat awalnya aku agak gembira apabila ku lihat gambar itu, tetapi kemudian teringat pula pada kata Guru yang arif “Dengar dengan telinga, jangan percaya. Lihat dengan mata, jangan percaya”. Inilah yang membuat aku mengambil keputusan untuk meneruskan usaha seterusnya ke Utara semula untuk melihat sendiri kesahihan makam Panglima Ismail.
Aku berenjak pada malam jumaat bertemankan anak lelaki aku setelah melepasi jam 12 malam menaiki kenderaan 4x4 dengan dilengkapi radio cb, wakie talkie, khemah, camp bed, kelengkapan memasak… kerana aku tak pasti ke mana sebenarnya aku akan tiba, makan-minum dan bermalam.
Setelah berjam-jam bersengkang mata melawan cahaya lampu menyilaukan pandangan ku ketika memandu, maka tiba aku di Desa Rimba, Padang Rengas untuk merehatkan tubuh, tidur seketika dan bermandi manda sebelum meneruskan perjalanan ke daerah kerian, kawasan yang aku agak bersemadinya Panglima Ismail seperti di dalam photo itu.
Tiba aku di sebuah masjid lalu menekapkan mata ku pada pandangan sekeliling kawasannya cuba memastikan kawasan itu sama seperti di dalam photo itu....... Di sini agaknya bermakam Panglima Ismail, Tok Bidin dan Panglima Tok Rashid. Tanya aku pada diri sendiri, cuba memastikan sesuatu yang masih belum pasti.
Lagi sekali perasan ku semakin celaru. Apa tidaknya….. Kisah telah menyebutkan bahawa Panglima Tok Rashid yang berasal dari Sedaka, lahir dalam tahun 1863 beserta Panglima Ismail yang ketika itu dalam tahun 1890 membuat keputusan untuk berhijrah dari Mukim Dulang Yan ke Sungai Tuntung Krian, setelah berlaku satu wabak taun di Sungai Limau Yan, Dulang Besar dan Dulang Kecil.
Akan tetapi sebelum sempat berpindah, Panglima Ismail telah meninggal dunia terlebih dahulu dan jasad Panglima Ismail itu telah disemadikan di sebuah pulau yang terletak di negeri Kedah.
Mana mungkin! Mana mungkin Panglima Ismail di semadikan di kawasan yang sama dengan Tok Rashid dan anaknya Tok Bidin di tanah besar semenanjung padahal kisah tersebut tadi menyatakan Panglima Ismail telah disemadikan di sebuah pulau. Pulau yang mana? Lantas jawab aku sendiri dengan cukup yakin, pastinya pulau empat beradik. Pulau yang telah menjadi medan latihan panglima-panglima melayu beserta Ulama nusantara berhimpun menyiapkan diri, mengumpul kekuatan untuk berperang dengan tentera bangsa Thai dalam peperangan bergelar ‘Perang Musuh Bisik’.
Aku teruskan langkah ku setelah melepasi waktu Asar dari tanah Kerian untuk menuju ke daerah Yan, ke kampung tok nenek aku sendiri......... tetapi keletihan telah mengheret tubuh ku sehingga terasa terlalu lemah dan memaksa aku berhenti bermalam di Sungai Petani.
Pagi sabtu, seawal pagi telah siap aku untuk meneruskan perjalanan ke makam Merong Mahawangsa terlebih dahulu sebelum ke kawasan terletaknya pulau empat beradik tersebut. Terpaksa aku bertanya-tanyakan orang kampung untuk sampai ke makam Sultan Kedah yang pertama ini (1160-1179) . Mana tidaknya! Terpaksa melepasi kampung dan ladang kelapa sawit sebelum tiba di kaki Gunung Jerai di mana terletaknya makam tersebut.
Aku berhenti hanya seketika di sini…. Teruskan perjalanan ke kawasan pulau-pulau tersebut…….
Mengenai pulau-pulau itulah, bait-bait ini telah ku rakamkan seperti dalam karya Tanah Kedah Tersimbah Darah :
“Semangat wira-wira Melayu sepakat berhimpun
di pulau empat beradik strategi mula disusun
disitulah di Pulau Bidan, Telor, Bunting dan Pulau Songsong
menguatkan iman, bersilat dan siapkan angkatan perang”
akan bersambung…. kisah penemuan di pulau……
MENCARI & BERTEMU : Pasti ini lah kebenaran, bahawa sesuatu itu wajib ada permulaan... Harap ini lah permulaan bagi sesuatu yang baik. Baik bagi semua dalam usaha mencari & bertemu dan untuk kita abadikan buat selama-lamanya sehingga ke anak cucu.... "Marilah kita sama-sama bermula dari sini...."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cabaran & Harapan
Buku ini merakamkan catatan pengembaraan siri Kembara Jejak Warisan Jawi (JWJ) ke luar negara yang memberi seribu cabaran dan harapan kep...
-
KUTEMUI SALSILAH GURU KU Sukar! Memang sukar mencari Panglima Ismail, ku telah selak helaian sejarah, ku rujuk pakar dan ahli sejarah di uta...
-
Beginilah keadaannya... Bah mai dan pi, sejak dari dulu sampai la ni.. macam tu lah keadaan di tempat tumpah darah ku ni. Bila saja aku deng...
-
BERTEMU KISAH UNTUK DICERITAKAN CERITA 1 : Hari itu bumi bertuah Kedah sedang berpesta rakyat bumi jelapang padi penuh gembira dalam keramai...
6 comments:
Empat beradik tapi di panggil bidan,telor,bunting dan sonsang apakah kaitannya?kod apakah ini?mungkinkah ianya umpama merawat(bidan),membina(bunting),benih(telor),sedikit dari yg ramai(sonsang)
siapakah ismail itu?ulama,sheikh,panglima atau siapa kah beliau............peranannya?
sememangnya beliau mahir silat..dipanggil namanya silat apa yea di zaman mudanya?...pemuda dari hujung kota..penyelamat dari suatu kemusnahan.
1821 berumur dalam 25 tahun ,1890 mangkat dalam linkungan 95 tahun..mesti ada titk pertemuan dlm menyelesaikan kod kod ini
kemana menghilangnya jejak ismail siapakah guru beliau?guru beliau mungkin telah menghimpun ,mendidik,melahirkan sebuah angkatan yang terdiri dikalangan anak anak nusantara...tak terungkai diakal ini.
salam buat ismail yang di cari haknya............
Salam ponpakya.
Panglima Ismail tak mungkin dapat dicari, telah kembali mengadap Tuhan. Ilmu-ilmunya saja yang masih hidup.
Salam...
Dalam pada mewarisi sekelumit ilmu persilatan yang susur galurnya daripada Panglima Ismail.. Saya berasa terpanggil untuk untuk menjejak serta mencari apa2 bahan yang berkaitan beliau... Salam kepada ponpakya jika sudi berkongsi serba sedikit pengalaman dan bahan yang berkaitan...
Apapun yang ditemui bukan untuk kepentingan peribadi, lebih kepada mengenal pahlawan pahlawan terdahulu yang ada kaitan dengan kita...
Salam persahabatan dari saya...
Menjejak Panglima Ismail
salam persahabatan,
menarik tawaran kerjasama, pertemuaan adalah penyambung...
Post a Comment