Tuesday, July 17, 2007

Desa Rimba menyorok Keindahan Alam

MENCARI TEMPAT YANG NYAMAN

Bukanlah mudah untuk kita mencari sesuatu tempat yang memeliki keindahan alam yang jauh dari pencemaran orang-orang kota..Begitulah payah juga CHIP serta rakan-rakan berusaha mencari tempat sebegitu walaupun makan masa bertahun-tahun, tetapi syabas kerana mereka telah berjaya menemuinya (setelah ditunjukkan oleh arwah Asrul Amir) malah mereka telah memiliki tempat tersebut.

Sebuah tanah yang nyaman dikelilingi kabus di waktu awal pagi, tersorok di atas bukit, berhampiran dengan gunung Bubu, terletak kira-kira 5 km dari pekan Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Sebuah dusun yang mempunyai sebatang sungai air bukit mengalih di tengahnya pasti mengoda setiap insan untuk terjun bermandi-manda, mahu saja melupakan dunia buat seketika.

Begitulah indahnya tempat ini, sehingga terbutir kata-kata manis dari bibir bahawa; ‘ku rasa nyaman & menawan’ pada saat pertama berada di sini dan lantas CHIP namakan tempat ini ‘DESA RIMBA RESORT’.

Walaubagaimanapun, tempat ini masih dalam usaha oleh CHIP serta rakan-rakan untuk dijadikan tempat percutian bagi sesiapa sahaja yang ingin berkongsi keindahan alam. Namun pun begitu, telah ramai yang datang ke situ untuk bermandi-manda, berkelah, bercuti,memancing anak-anak ikan, mengadakan program dan sebagainya….

: kata CHIP :

(penghulu DESA RIMBA, Kampung Sg Buaia)

'Tempat ini terbuka pada semua,
mailah, jangan segan-segan, ini tempat kita'.
...

'Hubungi saya kalau mahu tahu lagi mengenai tempat ini,
tel : 0192205850, saya sedia membantu’
.....
'pasti ada sesuatu yang indah
untuk kita di sini'

oleh:say

1 comment:

panglima tersepit said...

for me blog very simple and nice,but nape picture tak bley nak resize.apepun tunggu kedatangan kami dari kuis bagi mengegarkan sungai yang tenang mengalir slame nie,we enjoy make activities with your team,and we hope fully can do it again,but make sure first the place activities must be in desa rimba resort.

Cabaran & Harapan

Buku ini merakamkan catatan pengembaraan siri Kembara Jejak Warisan Jawi (JWJ) ke luar negara yang memberi seribu cabaran dan harapan kep...