Friday, July 20, 2007

Potret Shaimy Aku Bawa Pulang

BERTEMU KAWAN LAMA

Perjalanan aku kali ini, tanggal 13hb Julai 2007 dari Shah Alam ke Kelantan, Kedah dan Perak, tersinggah aku sebentar di pekan Kuantan. Apa yang menjadi kenangan bagi aku di sini ialah aku pernah pertama kali datang ke sini kira-kira 26 tahun yang lalu. Aku datang kerana menerima hadiah pertandingan mencipta logo Majlis Perbandaran Kuantan. Itulah pertama kali aku masuk pertandingan seperti ini atas saranan pensyarah kami Ismail Hashim (aku panggil dia, boss).

Aku menang tempat pertama, dapatlah hadiah sebanyak seribu ringgit, bukan aku saja yang bangga malah Ismail Hashim turut berasa girang, seluruh pelajar seni kreatif USM turut seronok, bukan kejayaan aku seorang tetapi kejayaan Pusat Seni ketika itu dan bagi aku juga adalah kejayaan kami semua. ‘Terima kasih pada boss yang kerap kali meramas fikiran kami sehingga terperah idea-idea unggul’.

Lain cerita kali ini aku singgah di Kuantan, aku mencari kenalan lama semasa di USM sebagai pelajar seni kreatif. ‘mana aku nak cari ni?’. Aku ke pondok penerangan pelancongan untuk bertanya-tanya, Pegawai di situ telefon sana telefon sini, akhirnya dapat juga menghubungi kenalan itu. Bukanlah susah sangat nak cari saudara Mohd Shaimy bin Hashim, pengerusi SENIKA, orang terkenal di Pahang dalam bidang seni lukis.

Kami berdua berborak panjang, menyentuh kisah-kisah lama semasa di USM, sdr Riz yang menemani aku terlentok di kerusi dalam studio SENIKA. Tiba tengah hari kami bertiga pi perkena nasi kandar penang di bandar Kuantan. Bukan apa-apa, hanya mengingati nostalgia lama, hidup dan makan nasi kandar semasa di Tanjung dahulu.

Sebuah lukisan Potret diri saudara ku itu aku bawa pulang sebagai kenangan, tercantumlah kembali satu persaudaraan yang telah 26 tahun terputus....

‘sama-sama akan kita perjuangankan seni dan budaya
anak-anak bumi Tanah Air kita’
oleh:say

1 comment:

galeripantaitimur said...

sewaktu melayari internet, aku terlihat " tak susah mencari m.shaimy oleh ponpakya".bila membuka laman itu, potret ekspessi diri mengingatkan aku seorang teman yang lama tidk bertemu datang mengunjungiku,dan membayar potretku itu. Shaiful,waktu di USM seorang anak muda yang hebat dalam grafik. Semoga tahun ini kawan ku akan lebeh cermelang. Terima kasih.

Cabaran & Harapan

Buku ini merakamkan catatan pengembaraan siri Kembara Jejak Warisan Jawi (JWJ) ke luar negara yang memberi seribu cabaran dan harapan kep...